Monday, September 27, 2010

PERANAN MEDIA DALAM PENGHAYATAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.Rasanya belum terlewat untuk kami ahli blog ini untuk ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin terutamanya student program komunikasi dan kepada pensyarah media,budaya dan masyarakat En.Suhaimi Salleh.Ramadhan datang lagi!Syawal pula menjelma!Kemeriahannya sentiasa dirasakan oleh segenap lapisan masyarakat.Persoalannya,siapakah yang berperanan dalam menyebarkan kemeriahan ini?Jawapannya sudah tentulah peranan media massa.Media massa sentiasa mempelbagaikan iklan-iklan sempena dengan musim perayaan ini.Ditambah pula dengan bingkisan slot-slot drama yang mempunyai penghayatan ramadhan yang kononnya dapat membuat masyarakat benar-benar menghayati ketibaan Ramadhan.Benarkah media berjaya membawa mesej penghayatan Ramadhan ini dengan berkesan?PADA Pendapat kami tidak semua usaha media ini berjaya.Adakalanya ada juga program sempena Ramadhan yang tidak relevan dengan konsep penghayatan ramadhan.Paling ketara apabila media menayangkan cerita-cerita yang tiada kaitan langsung denagan hari raya.Sebagai contoh,pada hari raya pertama Aidilfitri telah ditayangkan cerita remaja seperti rempit dan bohsia di pawagam.Bukankah sepatutnya pada hari raya kita perlu menggalakkan masyarakat terutamanya golongan remaja untuk kunjung-mengunjungi sesama sendiri untuk bermaaf-maafan?Malangnya media kini seolah-olah menggalakkan remaja mengunjungi tempat hiburan sempena raya.Hal ini sepatutnya dikaji dan diteliti terlebih dahulu.Jangan sampai masyarakat meragui ketelusan media sebagai medium pembentukkan sahsiah remaja.renung-renungkan..Media seharusnya peka akan fenomena ini.Seharusnya media perlu lebih banyak memaparkan program-program yang berbentuk kerohanian seperti tadarus al-Quran,nasyid,sirah nabi,motivasi agama dan bukan mementinakan konsert hari raya semata-mata.sekian..........

No comments:

Post a Comment