Saturday, July 24, 2010

MAWAR BERDURI: lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan yang berasal d...

MAWAR BERDURI:

Andai ku Tahu- Ungu

lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan yang berasal d...: "lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan yang berasal dari Indonesia, Ungu ini sememangnya telah memberi satu fenomena baru kepada sesetengah ind..."
Andai ku Tahu- Ungu

lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan yang berasal dari Indonesia, Ungu ini sememangnya telah memberi satu fenomena baru kepada sesetengah individu mahupun masyarakat. Lagu yang diberi tajuk Andai Ku Tahu secara jelasnya, memberi gambaran mengenai seseorang individu yang ingin membersihkan diri ataupun dengan kata lain ingin bertaubat sebelum tiba masanya nanti.

Lagu yang mempunyai unsur ketuhanan ini amat sesuai dijadikan sebagai media kerana bait-bait liriknya mudah diingati dan difahami selaras dengan maksudnya yang amat mendalam. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan penghayatan yang tinggi kerana lagu ini menggunakan melodi yang perlahan.

Mengenai lirik...

Melalui rangkap pertama lagu ini, secara asasnya mengingatkan kita bahawa setiap benda yang bernyawa di dunia ini pasti akan mati kerana tiada yang akan kekal buat selamanya. Sebagai seorang manusia ataupun insan, kita tidak akan dapat lari daripada maut ataupun ajal yang semestinya kita tidak akan tahu bila tiba masanya. Penerapan nilai- nilai keagamaan yang semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat kini sememangnya menjadi isu pertama, mengapa lagu-lagu sebegini seharusnya dijadikan sebagai media mahupun pengantara dalam kalangan kita supaya kita sentiasa memohon doa kepada Tuhan agar diberikan sedikit masa untuk bertaubat kepada-Nya. Amalan seperti ini kelak akan memberi keberkatan kepada kita di dunia mahupun di akhirat.

Masa yang berlalu, tidak akan berulang lagi. Inilah yang pasti!., dan tidak akan ada seorang manusia yang tahu akan tiba ajalnya nanti.Apa yang termampu dilakukan, hanyalah berdoa dan memohon keampunan daripada-Nya.

Sebagai Manusia, kita tidak pernah lari daripada melakukan dosa-dosa kerana ketidak sempurnaan yang terdapat dalam diri setiap insan membawa kepada tingkah laku yang tidak baik, terutamanya dalam kalangan sesama manusia ataupun disisi agama.

Penawar bagi membersihkan segala dosa-dosa ini hanyalah keampunan daripada yang maha Esa seperti yang dinyanyikan pada rangkap kelima lagu ini "ampuni aku dari segala-gala dosaku, ampuni aku, menangis meminta taubat padamu..". lirik sebegini membawa masyarakat supaya sentiasa memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Sememangnya, lagu ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengajaran dan kesedaran buat masyarakat yang semakin hari semakin hilang nilai-nilai penerapan agama dalam diri mereka. Bukan sahaja untuk yang beragama islam malah agama-agama yang lain juga menuntut umatnya agar sentiasa memohon keampunan di dunia agar diberkati di akhirat yang kekal kelak.