Monday, September 27, 2010

Bagaimana media mempengaruhi masyarakat

Media berperanan besar dalam mempengaruhi keseluruhan hidup masyarakat masa kini.Kadangkala ada waktunya kita merujuk kepada media terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli sesuatu.kenapa ini terjadi??Hal ini demikian kerana kita selalu menganggap bahawa media mengetahui segala maklumat yang kita inginkan.Disini kami akan mengemukakan contoh yang lain..sebagai pengguna kita mesti terpengaruh dengan iklan-iklan yang diiklankan di media terutamanya iklan di kaca tv.Media berjaya mempengaruhi pengguna dengan kaedah pemujukan.Bait-bait kata yang indah dan meyakinkan pengguna inilah yang digunakan untuk melariskan sesuatu produk.Contohnya dalam mengiklankan produk pelansingan badan,media akan menonjolkan model-model wanita yang mempunyai susuk tubuh yang menarik untuk memancing perhatian pengguna.Namun adakah hasil yang digunakan itu sama seperti yang ditayangkan itu tadi?Maka sebgai pengguna kita harus juga bergantung kepada kewarasan akal fikiran sebelum membuat sesuatu keputusan.Kesimpulannya media banyak mempengaruhi manusia dalam pelbagai aspek kehidupan.Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada perkara yang lebih besar dan serius misalnya ekonomi,perpaduan dalam masyarakat,seterusnya politik negara dan dunia.

No comments:

Post a Comment