Saturday, July 24, 2010

MAWAR BERDURI: lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan yang berasal d...

MAWAR BERDURI:

Andai ku Tahu- Ungu

lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan yang berasal d...: "lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan yang berasal dari Indonesia, Ungu ini sememangnya telah memberi satu fenomena baru kepada sesetengah ind..."
Andai ku Tahu- Ungu

lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan yang berasal dari Indonesia, Ungu ini sememangnya telah memberi satu fenomena baru kepada sesetengah individu mahupun masyarakat. Lagu yang diberi tajuk Andai Ku Tahu secara jelasnya, memberi gambaran mengenai seseorang individu yang ingin membersihkan diri ataupun dengan kata lain ingin bertaubat sebelum tiba masanya nanti.

Lagu yang mempunyai unsur ketuhanan ini amat sesuai dijadikan sebagai media kerana bait-bait liriknya mudah diingati dan difahami selaras dengan maksudnya yang amat mendalam. Walaubagaimanapun, ianya memerlukan penghayatan yang tinggi kerana lagu ini menggunakan melodi yang perlahan.

Mengenai lirik...

Melalui rangkap pertama lagu ini, secara asasnya mengingatkan kita bahawa setiap benda yang bernyawa di dunia ini pasti akan mati kerana tiada yang akan kekal buat selamanya. Sebagai seorang manusia ataupun insan, kita tidak akan dapat lari daripada maut ataupun ajal yang semestinya kita tidak akan tahu bila tiba masanya. Penerapan nilai- nilai keagamaan yang semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat kini sememangnya menjadi isu pertama, mengapa lagu-lagu sebegini seharusnya dijadikan sebagai media mahupun pengantara dalam kalangan kita supaya kita sentiasa memohon doa kepada Tuhan agar diberikan sedikit masa untuk bertaubat kepada-Nya. Amalan seperti ini kelak akan memberi keberkatan kepada kita di dunia mahupun di akhirat.

Masa yang berlalu, tidak akan berulang lagi. Inilah yang pasti!., dan tidak akan ada seorang manusia yang tahu akan tiba ajalnya nanti.Apa yang termampu dilakukan, hanyalah berdoa dan memohon keampunan daripada-Nya.

Sebagai Manusia, kita tidak pernah lari daripada melakukan dosa-dosa kerana ketidak sempurnaan yang terdapat dalam diri setiap insan membawa kepada tingkah laku yang tidak baik, terutamanya dalam kalangan sesama manusia ataupun disisi agama.

Penawar bagi membersihkan segala dosa-dosa ini hanyalah keampunan daripada yang maha Esa seperti yang dinyanyikan pada rangkap kelima lagu ini "ampuni aku dari segala-gala dosaku, ampuni aku, menangis meminta taubat padamu..". lirik sebegini membawa masyarakat supaya sentiasa memohon keampunan atas dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Sememangnya, lagu ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengajaran dan kesedaran buat masyarakat yang semakin hari semakin hilang nilai-nilai penerapan agama dalam diri mereka. Bukan sahaja untuk yang beragama islam malah agama-agama yang lain juga menuntut umatnya agar sentiasa memohon keampunan di dunia agar diberkati di akhirat yang kekal kelak.

Thursday, July 22, 2010

1 2 3 4

lagu ini dikatakan media kerana lagu ini mempunyai mesej yg ingin disampaikan kepada umum..intipati yg tdpt dlm lagu ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat ttg kepentingan ksh syg thdp ibu bapa.mesej ini dikhususkan khas buat para remaja agar tidak terus mengikut jejak langkah SI TANGGANG.dewasa ini kita disajikan dgn pelbagai isu mengenai penderhakaan anak2 thdp ibu bapa.bait2 kata yg mudah difahami menjadi medium dlm mjdkn lagu ini sebagai media untuk smpaikn mklmt dgn lebih berkesan.unsur2 bidalan turut diselitkan sebagai pesanan kpd anak remaja skrg..sebagai kesimpulan..mesej2 yg ingin disampaikan akn lbh mudah difahami jika disampaikan melalui saluran media.



BUATMU IBU

Lagu ni menceritakan tentang kasih seorang anak terhadap ibunya yang telah meninggal dunia.walaupun ibunya telah tiada tetapi dia tetap mendoakan ibunya.dia tidak pernah melupakan segala jasa dan pengorbanan ibunya selama membesarkannya.dia mengagumi ketabahan ibunya dalam mendidik dan melayan karenah anak-anaknya.dia menganggap kasih sayang ibunya sangat bernilai dan merupakan harta yg paling bermakna.dia juga sentiasa memohon restu dari ibunya kerana dia tahu di situ terletaknya syurga.



PERSOALANNYA...MENGAPA LAGU INI DIKATAKAN MEDIA????
Jika kita hayati dan renungkan bersama lagu "buatmu ibu" ini sda tentu banyak pengajaran atau mesej yang kita perolehi melalui lagu ini.
Antaranya ialah janganlah kita sesekali menyakitkan hati ibu kita kerana ibulah yang telah banyak berkorban untuk kita sejak kita dalam kandungan sehinggalah kita berpijak dibumi tuhan ini.walaupun terlalu pahit dan payah untuk ibu mendidik kita anak2nya tetapi ibu tidak pernah mengenal erti penat lelah selama membesarkan kita.Tetapi kenapa dan mengapa ada di antara anak-anak yang sngup dan suka menghantar ibunya ke rumah orang tua-tua?.Adakah mereka tahu yang ibu ini terlalu besar pengorbanan terhadap mereka? jika mereka tidak tahu,maka lagu ini boleh merungkai segala kekusutan yang terdapat dalam fikiran mereka.Agar anak tersebut lebih berfikiran luas dan matang,bukanya berfikiran didalam kotak pemikiran sahaja.


Selain itu,melalui lagu ini juga kita dapat tahu yang restu dari ibu sangat berharga atau bernilai.Jadi jika tidak mendapat restu dari ibu kita maka kehidupn kita akan sia-sia.melalui lagu ini juga kita dapat tahu yang ibu ini bagaikan pelita,jadi jika ibu kita tiada maka kita hidup terumbang ambing tidak tahu hendak kemana kerana tiada ibu untuk menyuluh jalan kehidupan.Kita sangat beruntung kerana kita masih mempunyai ibu untuk mengasuh kita untuk menjalani kehidupan dgn pnh bermakna lagi.Oleh itu hargailah segala jasa dan pengorbanan yg telah ibu curahkan kepada kita dan sayangila mereka seperti mana ibu menyayangi kita dari kecil hinggalah dewasa.

Intipati yang seterusnya ialah mengingatkan kita bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu.Agar kita tidak terus mengikuti jejak langkah si Tanggang yang tidak mempedulikan ibunya yang tinggal berseorangan di rumah.Jika kita menderhaka,menyakiti atau melukai hati ibu kita.Maka belum tentu kita dapat menghidu wangi syurga.

Intro

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
hari ini kita akan bahaskan kenapa sesebuah lagu itu dikatakan sebagai media.disini kami ada sisipkan beberapa buah lagu untuk dibahaskan bersama..mari kita sama2 menyumbang buah fikiran dalam membahaskan isu ini.buat prof Suhaimi, selamat membaca dan memberi komen atau kritikan..