Monday, September 27, 2010

Mengapa media penting?

salam sejahtera dan salam satu malaysia buat semua pembaca blog kami.Disini kami akan membahaskan persoalan mengapa media itu penting.Umum diketahui bahawa media kini menjadi medium perdana dalam kita mengetahui apa-apa sahaja maklumat mengenai akan hal-hal ataupun fenomena yang sedang melanda dunia masa kini.media dianggap penting kerana dengan media mampu menyampaikan maklumat tanpa mengira sempadan dunia.Seiring dengan perkembangan teknologi,maka pernan media dianggap semakin penting kepada seluruh masyarakat dunia.Media mencakupi segala aspek kehidupan seperti senario sosial,ekonomi,wabak penyakit,mahupun gejolak politik bukan sahaja dalam negara malah politik dunia sekalipun.Disebalik peranan media dalam menyebarkan informasi,media juga bertanggungjawab untuk membentuk masyarakat samada dari aspek sahsiah mahupun mengekalkan kekuatan perpaduan dalam masyarakat.Jika rosak media maka rosak jugalah masyarakatnya.Hal ini demikian kerana masyarakat dunia masa kini sentiasa bergantung kepada media.

No comments:

Post a Comment