Thursday, July 22, 2010

BUATMU IBU

Lagu ni menceritakan tentang kasih seorang anak terhadap ibunya yang telah meninggal dunia.walaupun ibunya telah tiada tetapi dia tetap mendoakan ibunya.dia tidak pernah melupakan segala jasa dan pengorbanan ibunya selama membesarkannya.dia mengagumi ketabahan ibunya dalam mendidik dan melayan karenah anak-anaknya.dia menganggap kasih sayang ibunya sangat bernilai dan merupakan harta yg paling bermakna.dia juga sentiasa memohon restu dari ibunya kerana dia tahu di situ terletaknya syurga.



PERSOALANNYA...MENGAPA LAGU INI DIKATAKAN MEDIA????
Jika kita hayati dan renungkan bersama lagu "buatmu ibu" ini sda tentu banyak pengajaran atau mesej yang kita perolehi melalui lagu ini.
Antaranya ialah janganlah kita sesekali menyakitkan hati ibu kita kerana ibulah yang telah banyak berkorban untuk kita sejak kita dalam kandungan sehinggalah kita berpijak dibumi tuhan ini.walaupun terlalu pahit dan payah untuk ibu mendidik kita anak2nya tetapi ibu tidak pernah mengenal erti penat lelah selama membesarkan kita.Tetapi kenapa dan mengapa ada di antara anak-anak yang sngup dan suka menghantar ibunya ke rumah orang tua-tua?.Adakah mereka tahu yang ibu ini terlalu besar pengorbanan terhadap mereka? jika mereka tidak tahu,maka lagu ini boleh merungkai segala kekusutan yang terdapat dalam fikiran mereka.Agar anak tersebut lebih berfikiran luas dan matang,bukanya berfikiran didalam kotak pemikiran sahaja.


Selain itu,melalui lagu ini juga kita dapat tahu yang restu dari ibu sangat berharga atau bernilai.Jadi jika tidak mendapat restu dari ibu kita maka kehidupn kita akan sia-sia.melalui lagu ini juga kita dapat tahu yang ibu ini bagaikan pelita,jadi jika ibu kita tiada maka kita hidup terumbang ambing tidak tahu hendak kemana kerana tiada ibu untuk menyuluh jalan kehidupan.Kita sangat beruntung kerana kita masih mempunyai ibu untuk mengasuh kita untuk menjalani kehidupan dgn pnh bermakna lagi.Oleh itu hargailah segala jasa dan pengorbanan yg telah ibu curahkan kepada kita dan sayangila mereka seperti mana ibu menyayangi kita dari kecil hinggalah dewasa.

Intipati yang seterusnya ialah mengingatkan kita bahawa syurga itu di bawah tapak kaki ibu.Agar kita tidak terus mengikuti jejak langkah si Tanggang yang tidak mempedulikan ibunya yang tinggal berseorangan di rumah.Jika kita menderhaka,menyakiti atau melukai hati ibu kita.Maka belum tentu kita dapat menghidu wangi syurga.

No comments:

Post a Comment